Peristilahan dan lokasi laman Wikipedia:Laman_pengguna

Peringatan: "Anda" dalam konteks ini bermaksud yang dikaitkan dengan anda, bukan milik anda.Laman pengguna Laman pengguna anda mempunyai nama sebegini: Pengguna:Contoh. (Pautan ini adalah ke laman pengguna anda sendiri.) Kegunaan biasanya adalah memberikan maklumat asas jika anda mahu, mengenai diri anda ataupun kegiatan-kegiatan anda yang berkenaan Wikimedia. Jika anda tidak mahu tulis apa-apa pun, tidak mengapa, sebaliknya anda boleh melencongkan laman pengguna anda ke arah laman perbincangan pengguna anda demi kemudahan ahli-ahli lain.Laman perbincangan pengguna Laman perbincangan pengguna anda mempunyai nama sebegini: Perbincangan pengguna:Contoh. (Pautan ini adalah ke laman perbincangan pengguna anda sendiri.) Kegunaan biasanya adalah menulis pesanan dan berbincang dengan ahli-ahli lain. Untuk maklumat lanjut, rujuk Wikipedia:Laman perbincangan.

Tutorial video untuk membentuk kotak pasir laman penggunaSublaman Anda boleh membuat sublaman daripada laman pengguna, seperti Pengguna:Contoh/rencana draf biola atau Pengguna:Contoh/ujian dan laman-laman perbincangan yang berkenaan dengan pergi ke laman berpautan merah (tidak wujud) dan mula mengisikan kandungan. Senarai sublaman yang wujud boleh dilihat dengan menggunakan Khas:Indeks awalan (cth: Khas:Indeks awalan/Perbincangan pengguna:Contoh/). Selalunya, anda boleh meletakkan apa sahaja yang boleh terdapat dalam laman pengguna atau perbincangan pengguna ke dalam sublaman, kecuali beberapa perkara (rujuk di bawah) yang mesti diperlihatkan kepada pengguna-pengguna lain jika dicatatkan. Tatatingkat sublaman juga dibenarkan. Anda boleh menyimpan sebanyak mana sublaman yang anda mampu, tetapi sila ingat bahawa Wikipedia bukan hos web percuma, sila gunakan sublaman dengan munasabah. (Rujuk: Wikipedia:Sublaman untuk maklumat lanjut)Laman pengguna atau ruang pengguna Semua laman ini merupakan laman-laman pengguna atau ruang pengguna anda. Sungguhpun anda tidak "memilikinya", tetapi pokoknya jika digunakan dengan munasabah dan mematuhi garis-garis panduan ini, anda diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengurus dan menyusun atur laman pengguna anda sesuka hati.

Anda juga boleh membuat sublaman yang berakhir dengan .js atau .css untuk menyimpan sebarang skrip pengguna dan ubah suai kulit yang dikehendaki apabila menyunting Wikipedia. Hanya anda dan para penyelia yang boleh menyunting laman-laman itu, namun sesiapa sahaja boleh membacanya.